Monday, 4 May 2015

KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN


Buat SAHABAT-II ku yang Disayangi :
Cobaan Hidup Terjadi Karna Tuhan Punya Alasan yg Tepat Untuk Kamu, Jangan Berhenti Dan Menyerah, Kamu Harus Terus Melangkah.
Apa kabar hari?
Apa kabar diri?
Apa kabar hati?
Sedang lelah kah?
Ataukah sedang rehat sejenak untuk mengisi tenaga guna kerja bermanfaat? :)
Ingatkah akan sebuah hakikat Allahu Ghoyatuna? :)
Kerja kita bukan kerja biasa, Namun amal-amal nyata yang menuntut sebuah kesungguhan.
Lelah kita bukan lelah biasa karena setiap peluh akan dinilai pahala.
Tujuan kita bukan tujuan biasa karena Allah muara tujuan kita.
Gerak kita bukan gerak biasa karena senantiasa ada ruh perjuangan disana.


Aq Nursyafiqah bt mohd Hanappi officially has been graduated From KMNS . Pada 27.4.2015 adalah hari terakhir aq berada di KMNS and last paper aku habis pukul 3.30 ptg . Petang tu aku terus  balik , sempat jumpe kawan2 practicum je, Sedih gile tak terkata lah,terkata la macam mane sedihnya nak berpisah dengan KMNS dan seisinya. Walau terpaksa ku relakan jua . 

Kepada Yang mengenali diri ini kat KMNS , andai shasha,piqa,syafiqah memohon maaf andai aku banyak menyusahkan korang,buat korang sakit hati,penting diri sendiri,mengumpat korang, mengata orang,pandang rendah,aku tak buat kerja dalam kumpulan, tak hormat korang, kedekut ilmu ke , tak jujur,jahat, tak tolong korang,susah nak faham korang,suke ambil kesempatan,berpuak-puah,pilih kasih,pilih kawan dan semuanya yang pernah ak buat kat korang dan tuduh korang macam-macam. Kepada yang terasa or sakit hati sangat kat aku , benci aku . Aku mintak maaf sangat kat korang . Aku memang jahat sebernanrnya . Well aku cube untuk berubah kearah kebaikkan . 
Korang Dah maafkan aku ke belum ni
i'm Sorry(sambil buat muke chomel)

Firstly Aku nak kongsi Pasal Practicum aku 
S3CP1

aku nak cakap dengan korang aku bangga and bersyukur sangat sebab aku terpilih untuk masuk practicum korang . Aku berterima kasih sangat dekat korang kerana terima aku dalam practicum korang . Kali pertama aku tengok korang ingatkan sombong rupenya friendly gile tak terkata . 
Aku happy dengan korang . pergaduhan tu biasa la . kadang kita gaduh untuk rapatkan silaturahimkan .betul tak ?betul tak ?

Ini MR.IZUAN SHAH BT AHMAD TAJUDDIN. cikgu izuan adalah cikgu chmistry kami untuk tutorial , amali and kuliah .tiga-tiga cikgu izuan pegang . aku bersyukur gila dapat cikgu izuan jd cikgu aku sebab cikgu izuan memang luar biase mengajarnya tapi mungkin tiada rezeki lagi untuk tingkatnya prestasi kuliah kami . Kami selalu buat cikgu kecewa macam putus asa terutama aku . kesian cikgu ajar kami bersungguh-sungguh tapi macam tak ada hasil . cikgu shasha mintak maaf sangat-sangat dengan cikgu .Cikgu sayang cikgu  , cikgu pernah bagi shasha semangat bila shasha down , bagi motivated bile shasha lemah atau mulai leka ,selalu bagi nasihat , selalu share cerita yang banyak beri pengalaman , pengajaran . memang banyak gile yang cikgu dah kasi dekat kami . cikgu tetap sabar ajar kami walau ape pon terjadi . Cikgu memang the best laa  . Rindu nya cikgu . Cikgu shasha doakan cikgu sekeluarga sihat sejahtera and berjaya dunia akhirat . semoga cikgu tabah dalam menjalani hidup yang pernuh liku ini , In Shaa Allah cikgu dikurniakan Lebih banyak cahaya mata . Cikgu kena sabar .


This is MR. MOHD SYUKRI BIN SHAFI . cikgu Syuk cikgu tutorial and kuliah Jugak . Amali tade la . cikgu syuk ajar matematik . kalau math ade amali nak buat amali ape ? amali intergration ? hahahaha.  cikgu syuk memang cikgu yang spoting abis and tak pernah marah . sengih je tau . cikgu syuk je suka layan kerenah budak S3c yang suke merapu meroyan bagai nak gile . Math sebenarnya subject yang paling aku suka . Aq memang minat math dari sekolah menengah lagi . Cikgu Syuk tempat kita orang luah perasaan kadang-kadang and the best nya cikgu selalu sekepala dengan kita org . cikgu syuk yang paling faham jiwa kite orang sebab cikgu pom muda lagi macam kiteorg . cikgu jugak kadang2 macam kawan . aku selalu kacau cikgu kat unit at least dalam seminggu tu ada . Dalam kelas tuto math la tmpat kiteorg makan , kadang2 selfie . kite orang makn berjemaah okey . tuto Math kite diabahgikan kepada dua sebab tu separuh aje yang ad . Yang lain Dengan CIKGU SAZURA SAAD. cikgu sha jugak mintak maaf sebab tak dapat PSPM 1 haritu and sepaptutnya kene belanje cikgu ais blanded Tapi Air kotak je mampu bagi . Cikgu Thanks A lot for everything .









Sunday, 12 January 2014

PMG KELANTAN 2014

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum 

First 0f all , syukur ke hadrat illahi dengan limpah dan kurnianya PMG KELANTAN 2014 telah berlansung dengan jayanya . Alhamdulillah . Jutaan terima Kasih yang tidak terhingga kepada kepada Abang-II dan Kakak-II sekalian yang sanggup melayan kerenah kami semua , yang telah banyak mencurahkan ilmu dan kasih sayang kepada kami , memberi pengajaran dan peneguran sepanjang program ini berlansung dan ceramah –II yang menusuk kalbu dan akan sentiasa terpahat dihati . Tanpa anda semua tidak akan wujud program sebegini . 
Saya sangat bersyukur kepada Allah SWT kerana saya telah dipilih untuk menyertai program ini , dan saya tidak menyangka program ini akan menjadi sesuatu yang bermakna .

 saya akui pada awalnya saya malu untuk menyertai program ini kerana saya hanya soeorang pelajar SMK dan bukannya daripada sekolah agama . Saya bersama rakan seperjuangan saya iaitu zana berhasrat akan menyertai walauapepun yang terjadi . Terasa diri ini sangat kerdil apabila melihat mereka yang berhujah di depan dengan semangat dan jayanya tanpa rasa malu untuk berk0ngsi . seriously saya tak pernah bercakap dihadapan seperti itu. Sejujurnya , saya sukakan suasana disana yang tak pernah saya rasakan sebelum ini . Alhamdulillah , Allah SWt telah membuka pintu hati saya untuk menyertai PMG . PMG yang berk0nsepkan Kekeluargaan ini sangat indah yang tak pernah ana rasakn sebelum ini . terima kasih tak terhingga buat sahabat-II seperjuangan yang sanggup menampung kelemahan dalam diri ini , sem0ga Allah SWT sentiasa menjaga kita semua . Betapa nikmat yang saya rasa apabila berada dalam program sebegini . Segala nasihat-II dan Tunjuk ajar In Shaa Allah akan selalu diingati . Banyak perkara yang telah saya belajar melalui program ini terutama dengan Cabaran yang bakal menanti di IPT .

 Terima kasih semua kerana telah memberi semangat kepada saya untuk menempuhi kehidupan secara islamik . Banyak perkara yang saya dapat melalui program ini dimana ia takkan dapat diluar sana . cara berkomunikasi itu sangat penting , dimana semasa first LDK tuh saya tak bercakap langsung apabila diminta memberikan pendapat , terlihat sedikit kesal dimuka fesi kami . Alhamdulillah , setelah diberi semangat dan dorongan semasa LDK seterusnya saya telah juga mengemukan sedikit sebanyak pendapat saya walaupun hanya sepatah dua kata . Disitu peningkatan juga lah bagi saya biarpun tidak bagi orang lain . saya berbangga sangat dengan sahabat-II seperjuangan kerana apabila sampai je kat PMG terus menjadi sahabat Akrab ibarat dah lama jumpa . SubhanaAllah , dan saya juga terikut-ikut . Betapa indahnya Ukhuwwah persaudaraan yang Allah SWT kepada kami . Sahabat ini semua adalah sahabat yang ikhlas , sahabat seperjuangan , sahabat yang ada tika susah dan senang yang sukar untuk dicari diluar sana . Allahurabbi . Kata-II yang dilemparkan adalah sangat bermakna bagi kami . Bila melihat peserta lain yang hebat-II , yang mempunyai banyak ilmu , terasa ter sangat-II kerdil disitu dibandingkan dengan diri yang serba kekurangan ilmu .Saya yang kurang berpengetahuan ini menitis air mata kerana tidak sehebat mereka dan berfikir apa aku juga akan menjadi sehebat mereka , hanya insan yang lemah , tidak tahu apa-II yang semakin hanyut diluar sana . MasyaAllah , dengan program ini hati saya terbuka untuk lebih mendalami ilmu agama sepeti mereka-II yang lain . Saya ingin menjadi seorang muslimah sejati yang sangat boleh dibanggakan oleh ibubapa dan suami suatu hari nanti .Semangat dan kerjasama sesama ahli kumpulan sangat lah ditonjolkan terutama ketua kumpulan kami yang sangat memainkan peranan beliau dalam mengendalikan kumpulan apabila fesi kami tidak dapat menghadirkan diri . saya sangat kagum dan bertuah bertemu orang yang hebat sepertinya . 


Alhamdulillah , apabila berakhirnya program ini mesti rasa sedih , rasa pilu dan sayup semua menyelinap dihati . Andai diri ini banyak kekurangan , banyak melalukan kesilapan , mengguris hati anda semua , membangkitkan kemarahan para fesi mohon ampun dan maaf . Ana hanya manusia biasa yang banyak kekurangannya , sem0ga sahabat-II , kakak-II dan abang-II dapat menerima diri ini dengan seadanya . program ini telah membawa seribu satu makna dalam hidup saya . Sem0ga cinta-II dan Ukhuwwah kami ini sampai ke jannah Mu YA ALLAH . sem0ga kita bertemu lagi suatu hari nanti di menara gading . In Shaa Allah . terasa rindu yang mendalam menyelinap dalam diri ini terhadap PMGKel14 .Ya Allah kau satukan lah kami Di jannah mu Ya Allah . YA Allah kau jaga ukhuwwah di antara kami , iman kami sem0ga tidak terkeluar dari landasan . jagalah kami diluar sana kerana dunia ini semakin fana . Kuatkan lah kami untuk menghadapi cabaran yang bakal menanti di luar sana ya Allah .


Buat sahabat-II seperjuangan , terima kasih kerana telah menerima saya manjadi sahabat anda semua , sanggup melayan karenah saya yang banyak ini . Jaga la diri semua diluar sana , Amalkan lah apa yang diAjar , jaga hati jaga iman . KITA adalah Mahasiswa MUKMIN+DAKWAH . Sesungguhnya pertemuan ini sudah ditetapkan 0leh Allah SWt . Tersangt gembira dapat kenal k0rang sume . Jangan lupa Contact-II tau . SEgala kenangan pahit manis bersamamu akan sentiasa terpahat dihati , walau ape pun , ingt ALLAH ALWAYS BE BESIDE U
Salam ukhuwwah , Sayang , RIndu , Kasih , cinta buat PMGKel14 .
PMG KELANTAN SEMEMANGNYA TERBAIKK



Wednesday, 1 January 2014

Buddies Tak Akan TerPisah ( Riview 5 Years Ag0 )


Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh kawan-II sekalian . First of all saya tersangatlah happy kerana event tahun lepas a.k.a semalam iaitu reunion ex-Seri Kota at Bettle Velly . Alhamdulillah , event kami berjalan tersgtlah lancar . Terima Kasih Ya Allah kerana mempertemukan kembali kami setelah 5 tahun kami berpisah . Dengan izin mu jua lah kami dapat bersatu pada hari tersebut . 


Lihat lah kegembiraan yang terpancar diwajah mereka . Ya Allah , kekalkanlah PERSAHABATAN diantara kami , jangan putuskan PERTALIAN PERSAHABATAN diantara kami .
kamu semualah sahabat kami dunia akhirat . Semoga kita semua tetap bersatu menempuhi cabaran yang lebih besar bakal menanti kita semua diluar sana , INSYAALLAH .

Buat SAHABAT-II ku yang Disayangi :
Cobaan Hidup Terjadi Karna Tuhan Punya Alasan yg Tepat Untuk Kamu, Jangan Berhenti Dan Menyerah, Kamu Harus Terus Melangkah.
Apa kabar hari?
Apa kabar diri?
Apa kabar hati?
Sedang lelah kah?
Ataukah sedang rehat sejenak untuk mengisi tenaga guna kerja bermanfaat? :)
Ingatkah akan sebuah hakikat Allahu Ghoyatuna? :)
Kerja kita bukan kerja biasa, Namun amal-amal nyata yang menuntut sebuah kesungguhan.
Lelah kita bukan lelah biasa karena setiap peluh akan dinilai pahala.
Tujuan kita bukan tujuan biasa karena Allah muara tujuan kita.
Gerak kita bukan gerak biasa karena senantiasa ada ruh perjuangan disana.
#Selamat berjuang dan memberikan kebermanfaatan terbaik :D


ini abang Amzar kita , abang lejen . cutekan dia . dia dah nak pergi studies . Almaklumlah pelajar cemerlangkan  . 
Kekuatan bukan berasal dari kemenangan. Perjuangan hiduplah yang menjadikan kekuatan tumbuh. Manakala bisa melewati penderitaan dan tiada menyerah itulah namanya kekuatan
Good Luck Sahabatku . Teruskan Perjungan mu . Banggakan ibubapa .Jaga diri kat tempat orang
. Aku sayang mu .

ini G0ssip kami dalm dunia 6 Amanah , tapi yang menjadi permasaalahannya ialah aku yang kena g0ssip tuh .
Nak tau ngn sapa ? hahaha , jeng-II . Bahaya -II. ini hanya suatu gurauan , tidak lebih dari itu . Saja nak bagi havoc sikit kan . Kalau tak ,Tak havoc laa kami punya geng .

Yang Alik Kanan tuh jer yang kena Digosipkan . Alik kiri Hiasan semata-mata . CIan dye . Dunia kami ada Macam-II , Dunia korang ada , ada ? tak adakan . S0 , don't be jelous . 

” Bersemangatlah dalam menggapai apa-apa yang bermanfaat bagimu, ( “
Saudaraku seiman, bukan besar kecilnya tugas yang menjadikan tinggi rendahnya diri kita, melainkan manfaat dari apa yang kita kerjakan buat sekitar kita. Maka senantiasalah bersemangat dalam hal nan penuh kebermanfaatan ini.






Ini lah hero-II 6 Amanah Kami . Hensem2 belaka . 


 Infact Gambar geng lelaki lebih banyak daripada perempaun . Do you believe that ? how could be like that?
jel0ues gila-II dengan geng dye0rang . Melebih-lebih daripada perempuan . Menci-II . Ini Sudah terbalik .
Walauapep0n , tanpe dyeorang takkan hidup punya LIFE 0F 6AMANAH . Havoc gituu . Thanks guys .
HOpe k0rang bahagia diluar sana dan Succed in your life .

selfir beramai2 adalah moments terindah

LAST WORD 
Semoga ukhwah antara kami berkekalan . Sahabat adalah ibarat permata . setiap saat bersama , jangan kamu semua lupa kan sahabat kamu . we will miss u all . jaga diri korang . ade rezeki kita jumpe lagi .
InsyaAllah . 

I LoVE U SO MUCH GENG 6 AMANAH
GENG KAMI GENG CERIA DAN BAHAGIA SELALU UNTIL JANNAH 



Saturday, 28 December 2013

ThE mEmOrIeS BeGaN.....



Assalamualaikum u 0lls , lama dah rasanya saya tidak mengupdatekan blog ini. Followers entah kemana dah dan dah tak ada sapa yang nak masuk blog ini . Berhabuk sudah blog nih kan ? . Hari ini tergerak hati pula rasa nak update blog buat kali yang terakhir untuk tahun ni . Lagi dua hari lagi dah nak msuk tahun baru  iaitu TAHUN 2014 .Tahun depan umur saya dah pun 18 tahun . Lagi dua hari nak sekolah , satu hape pun barang sekolah saya tak beli lagi . Eh jap2 ,aku sekolah lagi ke tahun depan ? Perasan lah kau nih . Duduk rumah aje lah kita tahun hadapan . 

Ya Allah , Rindunya dekat SMK KOTA . Rindu semua-II Cikgu-II dekat Smk Kota . Especially Teacher Chemy . Cikgy IS (aumm) , dan semua lah . Rindu nak dengar mereka mengajar , Marah-II sebab tak siap homework , Main-II dalam kelas . Ya Allah RIndunya suasana dalam kelas . Rindu 5 AdilL 2 yang gila-II , yang Hapeninng . Alangkah indahnya dapat ulang semua M0ments-II tu balik . Diorang sume adalah sahabat dunia Akhirat . In Shaa Allah tidak terputus UKhwah antara kami . Rindu jua pada 6 Amanah dulu semasa di SK SERI KOTA . Satukan lah kati kami setelah menjalani semua kesulitan , kesusahan di antara kami semua, AMin . 


l0ve u guys s0 damn much <3





Monday, 3 June 2013

my bestiee forever

FRIENDS are hard to find . in a lifetime you get only a few . And when you find them , you always know them by sight and heart alone , you always grow little bit taller in your soul , and you know you have been blessed just to know them . miss the moment together  please come over me . the pictures have been told how much i'm happy together with you . i love you bestie 
and only i have u in my life Kawan . i love u s0 much demm dear , never leave me olone . i need u guys with me .










Monday, 11 February 2013

Abah , Mama , i want this Pleasee !!!!!!!


hah , korang nak tahu tak ape yang aku nk sesangat tuh . aku memang teringin giler nak menda lah nih.tadi kan kawan ade cakap try la tgk hp nih kan . cantik giler . dye ckp dye nk beli la hp ni .lepas kelas tambahan tadi , aku terus balik rumah and seach kat google hp yang kawan aku cakap tuh .search la punyer search . ouch memang cantik giler la hp nih . harga pun cantik . nk thu harga dye berapa ?? mengikut maklumat terkini harga hp pada tahun 2013 adalah sebanyak RM 2239 . hah ,giler tak giler . lebih mahal pada iphone 5 terr .
i phone pom  xpernah dapat ini kan lagy harga lebih pada tuh . hope Abah sudi beli untuk sy . 
ini gambar nye . tersangat lah memikat hati jiwa dan raga . cuci la mata korang dengan ini semua . sape nk hadiahkan kt aku pom boley , dengan senang haty ku menerimanya.

HTC BUTTERFLY yang menjadi idaman ku ..


ini lah nme fon tuh htc butterfly . butterfly kan cantik . hp pom cantik lah . ade yang berkenan tak . 
mama , abah nk yang nih . 
nk jgx , nk jgx , nk jg.
k la bye !!!
merajuk cbb xde orang nk belikan .





Saturday, 9 February 2013

Thursday, 24 January 2013

I NeeD AllaH S.W.T FoR mY suCcEED


Alhamdulillah , sudah 25 hari saya menjalani hidup sebagai SPM CANDIDATES . Setakat nih alhamdulillah boleh atasi lagi segala kesusahan semasa belajar . sekarang saya lebih fokus dalam kelas kerana itu merupakan salah satu azam baru sy . Saya ade banyak lagi azam tahun 2013 yang belum dilaksanakan , tp insyaallah akan dilaksana kan secepeat mungkin . Insyaallah . doa-doakan lah yer bloggers . Dalam bulan ni pun dah banyak rasanye perubahan dah berlaku pada diri saya dan semestinya itu adalah perkara-perkara yang baik . Rase dah terlebih rajin pom ada , solat dah awal , salalu baca yassin , solat hajat and semoga doa-doaku selalu didengari oleh yang Maha Esa . Aminn2 . Dengan keazaman yang kuat sy akn teruskan pejuangan ini demi mencapai 10A+ . insyaallah . 
! Wish ME luck !

SAYA INGIN BERJAYA DI DUNIA DAN AKHIRAT 

hah , tidak ketinggalan dengan hobi sy iaitu kaki novel . wkaka . yang ini pom meningkat juga dan menjadikan aku giler novel . gatal tAgan la pulak tengok novel banyak-II yang tangah HOT sekarang . Sape la yang sudi nak hadiah kan aku NOVEL tiap2 bulan . Alangkah best-nYa ade husband or pakwe macam tu kan . SO SWEET . HUSBAND?? merapu ker ape ??berangan lah tu . SPM pom tak lepas lagI
Nak HUSBAND mcm ZAIN HAKIMI boley yang suewwt tuh . ouch rase mcm nk kahwin pulak tengok cerita tuh . oww gatalnya . woih22 , ingtkan sikit SPM is c0mMing . coming , coming , coming .

BYE-BYE .
DYE DAH AWARNING LAH PULAK .
see you s00n .



Saturday, 15 September 2012

Tedy bear utk dijual(f0r kapel n n0rmal)

hary nk bagi thu mak l0ng ika ade buat bisness kecil-kecilan iaitu buat tedy bear untuk konv0 n kapel n for n0rmal jgx .
nk tgk contoh dye sila scroll dibawah yerr.

Mini Teddy Bear - Normal

Jenis : Teddy bear biasa (ber"reben")
Size : 7cm
Color : White Cream / Light Orange / Dark Brown / Pink* & Blue*
Ciri-ciri : Setiap teddy bear akan disertakan "handphone string" color hitam, riben kecil dan berlogo "Louis Vuitton-LV" di telinga serta tapak kakinya.

Harga vs kuantiti :
1~500pcs = RM1.80pc (Promosi RM1.60 sehingga diberitahu kelak)
501~1000pcs = RM1.70pc (Promosi RM1.60 sehingga diberitahu kelak)
1001~2000pcs = RM1.58pc
2001~3000pcs = RM1.49pc
3001~4000pcs = RM1.43pc
4001~5000pcs = RM1.38pc

* Pink/Blue - Limited-booked! (May & June's 2012 sales out of stock)
(Good news! Pink, Blue, Light Brown will be ready by 4th July!)
**Harga di atas tidak termasuk pos ye.. 

Teddy Bear - Warm White

Teddy Bear - Light Orange
Teddy Bear - Dark Brown
"LittleWeeny" Teddy Bear

Mini Teddy Bear - Wedding Couple

Jenis : Teddy bear Wedding (with flower, hat & gown)
Size : 7cm
Color : white cream
Ciri-ciri : Setiap teddy bear akan disertakan "handphone string" color hitam, Wedding gown, veil, flower, cot & hat.


Harga vs kuantiti :
RM6.00set = min 1set (set=bride & bridegroom/pengantin lelaki & perempuan)

**Harga di atas tidak termasuk postage ye..



Mini Teddy Bear - Convo

Jenis : Teddy Bear Convo (with cap, scroll & gown)
Size : 8cm
Color : Light Yellow / Brown / Pink
Ciri-ciri : Setiap teddy bear akan disertakan "handphone string" color hitam, convo cap, convo scroll and convo gown.

Harga : RM2.70pc (Limited! Warna mengikut stok sedia ada sahaja.)
  
**Harga di atas tidak termasuk pos ye..


hah , ade yang berminat tak dgn tady bear diatas . boley lha emel kat premium.doorgift@gmail.com atau boley pgy kat lawan web nih untuk tahu dgn lebih lanjut http://littleweeny.blogspot.com/
http://littleweeny.blogspot.com/2012/03/mini-teddy-bear-convo.html




Friday, 14 September 2012

Tip-tip belajar dan menghadapi pepriksaan

rase nk kongsikan tip lah korang sume especiallyf0r PMR candidates . y0ur exam is ar0und the corner. perasan x perasan korang ade 47 hary lgy yer.s0 pndaikan lah gune mse erk..ika pom dh nk exam SPM tpy thn depan lah . so kite sme2 guna tips2 yang ade untuk kebaikkan bersma. same2berjaya .
Pelajar yang mengamalkan cara belajar yang betul akan lebih mudah mencapai kejayaan berbanding dengan pelajar yang belajar tanpa mengikut tatacara yang bersistem. Berikut ini disenaraikan dua puluh kaedah belajar yang berkesan untuk membantu pelajar berhadapan dunia peperiksaan.
Pertama – Tidak mensia-siakan biar pun seminit
Seorang pelajar yang cemerlang menggunakan masa yang teruang, masa pertukaran kelas, masa menunggu kereta sewa, masa sebelum hidangan makanan. Mereka boleh membaca satu atau dua soalan objektif atau ulangkaji pelajaran yang telah mereka baca.
Kedua – Membawa buku ke mana sahaja mereka pergi
Amalkan sikap membawa buku setiap ketika. Sikap ini bukan bermaksud kita mesti membaca buku tersebut. Kemungkinan diri anda tidak membaca apa-apa , tetapi ia memupuk jiwa bersungguh-sungguh dengan kewajipan terhadap pelajaran. Sikap ini membolehkan anda menyemai budaya belajar yang positif dan sikap bertanggungjawab terhadap pelajaran.
Ketiga – Gunakan masa awal pagi
Gunakan sepenuhnya masa awal pagi untuk mengulangkaji pelajaran yang anda lemah. Pupukan semangat belajar pada awal pagi biar pun anda tidak terasa mahu membaca. Usaha ini akan menyemai semangat yang kental terhadap pelajaran dan membolehkan anda mulakan hari tersebut dengan azam untuk berjaya.
Keempat – Buat nota ringkas
Pelajar yang cemerlang sentiasa membuat nota ringkas. Nota tersebut adalah untuk membolehkan anda merujuk kembali apa yang telah anda baca. Ia tidak menjamin ingatan anda tetapi ia meningkatkan kuasa ingatan anda. Dengan adanya nota ringkas, ulangkaji sehari sebelum peperiksaan menjadi lebih mudah.
Kelima – Mengikut jadual sepenuhnya
Aturkan masa untuk setiap aktiviti yang anda hendak lakukan pada hari tersebut. Patuhi jadual belajar anda tanpa syarat. Jangan ikut perasaan. Biar pun anda tidak suka belajar pada sesuatu masa, buka sahaj buku dan membacanya. Jika anda mempunyai disiplin yang kuat terhadap hidup, anda tidak akan lalai terhadap tanggung-jawab belajar. Pastikan anda peruntukkan masa untuk setiap mata pelajaran pada setiap hari jika anda mahu mencapai kegemilangan dalam semua mata pelajaran.
Keenam – Mencuba soalan tahun lalu
Pelajar cemerlang memperuntukkan masa untuk menjawa contoh soalan setiap hari. Ini akan membiasakan dirinya dengan corak soalan yang sering keluar dalam peperiksaan dan bagaimana menjawabnya. Pelajar yang hanya begitu kepada buku teks tidak akan lulus dengan cemerlang kerana mereka tidak biasa dengan corak soalan peperiksaan.
Ketujuh – Ulang sebanyak kali yang boleh
Setiap fakta yang dibaca akan terus diulang sebanyak yang mampu. Tidak ada had ulangan yang akn dilakukan, Selagi ada masa, anda boleh mengulangi apa yang telah dibaca biar pun anda sudah faham atau sudah mengingatinya. Semakin banyak anda membaca, semakin tinggi keyakinan diri anda untuk lulus dengan cemerlang.
Kelapan – Sentiasa menanya kalau tidak faham
Dekatkan diri dengan guru dan guna setiap kesempatan yang ada untuk menjawab kemusykilan anda. Biar pun anda sudah faham , anda masih boleh menanya. Ini akan menguatkan kefahaman dan ingatan anda. Anggapkan guru anda, kakak atau abang anda, kawan-kawan anda sebagai orang yang boleh membantu anda dalam hal ini.

Kesembilan : Berikan penumpuan pada pelajaran yang lemah

Jika anda lemah dalam bahasa Inggeris atau matematik, peruntukkan masa yang lebih untuk ulangkaji. Elakkan memilih mata pelajaran yang disukai dan abaikan mata pelajaran yang anda kurang suka. Buat tanda pada bahagian yang anda rasa perlu penumpuan lebih. Gunakan simbol dan lorekkan bahagian yang anda anggap penting. Jangan jadikan tidak faham, tidak ingat atau tidak pandai sebagai alasan untuk berhenti ulangkaji.
Ke sepuluh : Mengunjungi perpustakaan
Rapatkan dengan kawan yang mahu belajar. Perhatikan bagaimana mereka belajar dan semarakkan jiwa yang kuat seperti mereka. Tukar pendapat antara satu sama lain. Berikan penemuan dan berkongsi soalan yang anda buat dengan mereka. Ini akan mengaktifan suasana tolong menolong dalam haluan memajukan pelajaran masing-masing.

Ke sebelas : Menjadi model dalam rumah

Jadikan diri anda sebagai contoh kepada adik-adik lain. Beritahu mereka “Jangan membuang masa dengan aktiviti-aktiviti yang tidak menyumbang kepada masa depan.” Semakin anda memberi galakan untuk mereka , semakin tinggi semangat anda untuk menjadi contoh kepada mereka. Apa yang anda serukan akan menjadi panduan dalam hidup anda sendiri.
Ke dua belas : Imbangkan masa kokorikulum dan akademik
Jika anda berada dalam tahun peperiksaan , jangan terlalu menumpukan perhatian pada kokorikulum kerana ini akan melalaikan diri dalam bidang akademik. Jika anda mahu berjaya dalam akademik, anda perlu mempunyai masa ulangkaji yang cukup di rumah. Masa ulangkaji untuk SPM ialah dalam lingkungan 5 jam ke 6 jam sehari. Jika masa minima tersebut tidak dipenuhi, anda mungkin perlu berjaga malam atau bangun pagi.
Ke tiga belas : Belajar mengikut rentak sendiri 
Jangan membandingkan diri dengan pelajar yang mantap dalam prestasi peperiksaan. Anda perlu mebgenal rentak sendiri dan pastikan anda mematuhi rentak tersebut. Jika anda seorang pelupa, pastikan anda mengatur masa ulangkaji kedua atau ketiga pada minggu-minggu yang akan datang. Jika anda perlukan bimbingan tambahan , dapatkan tuisyen.

Ke empat belas : Persiapan minda sebelum ulangkaji 

Lelapkan mata untuk beberapa minit dan wawasankan hidup anda kelak. Apa yang anda hendak capai. Apakah corak hidup yang anda hajatkan. Apakah yang hendak anda berikan kepada ahli keluarga serta ibu bapa anda sebagai tanda kasih sayang dan terima kasih. Adakah anda berhajat hendak mengharumkan nama keluarga dan negara anda ? Apakah kejayaan peringkat remaja yang membanggakan diri anda dan keluarga anda? Bila anda membaca buku, kaitkan dengan hidup anda. Anda bukan sekadar mahu lulus cemerlang dalam peperiksaan , anda mahukan hidup yang baik dan berkualiti.
Ke lima belas : Elakkan gangguan emosi
Semua perkara yang merunsingkan dan mengganggu konsentrasi waktu belajar perlu diketepikan. Beritahu diri anda , “saya tidak relakan masa depan saya tergadai oleh okr yang remeh-temeh ini.” Sebaik pemikiran atau perasaan negatif timbul, tuliskan pada kertas . Layankan semua gangguan ini selepas peperiksaan. Anda boleh gunakan musik latar yang lembut untuk menjadikan suasana belajar lebih menyelerakan (jika sesuai).

Ke enam belas : Kurangkan kerja rumah tangga 

Jika anda pada tahun peperiksaan , maklumkan hajat anda untuk berjaya dan minta adik-adik anda menolong anda dalam beberapa aspek kerja rumah tangga. Amalkan sikap tolong menolong dalam keluarga. Bila masanya mereka yang menduduki peperiksaan SPM, sama-sama menolong dirinya. Budaya berkongsi beban kerja rumah tangga seperti mencuci kasut, menyapu lantai dan lain-lain akan memberi lebih masa untuk anda belajar.
Ke tujuh belas : Rancangkan jadual ulangkaji setahun
Tetapkan ulangkaji anda sehingga bulan September. Sebulan sebelum peperiksaan , anda perlu siap ulangkaji. Pastikan setiap mukasurat dibaca, dan setiap soalan dijawab. Ini boleh dilakukan dengan membahagikan bilangan mukasurat buku dengan bilangan hari yang ada. Jika anda gagal mengulangkaji mukasurat berkenaan pada hari yang ditetapkanm pangkahkan dengan besar menggunakan pensil. Pastikan anda membaca mukasurat ini sebelum peperiksaan tiba. Tapi, sebelum anda membaca mukasurat yang terhutang, pastikan anda telah siap ulangkaji mukasurat yang ditetapkan untuk hari tersebut.
Ke lapan belas : Belajar menyesuikan diri dengan semua keadaan
Biar pun rumah anda bising, panas atau kurang selesa; ia tidak menjadi penghalang untuk anda mengulangkaji. Kadang-kadang , kita perlu belajar menyesuikan diri dengan kekurangan yang ada. Semakin mencabar keadaan anda , semakin besar ujian ketahanan diri anda. Beritahu diri anda , “biar apa yang berlaku, saya tetap dapat menjalankan tugas saya kerana saya seorang yang tahan lasak.”
Ke sembilan beas : Berhati-hati dengan kawan yang tidak sehaluan dengan anda 
Jika anda mahu belajar tetapi rakan-rakan anda tidak suka belajar. Mereka cuba mempengaruhi anda dengan seribu satu jenis kegiatan yang hanya membuangkan masa anda. Berani berkata “tidak” dan menolak mereka dengan lembut. Jangan sekali-kali menjadi mangsa kepada mereka kononnya anda tidak mahu melukakan hati mereka. Jika anda mengikut rentak mereka, anda akan melukakan masa depan sendiri.
Ke dua puluh : Terus belajar biar pun tidak menampakkan kemajuan
Jangan mengukur prestasi anda kerana tidak menampakkan kemajuan yang nyata dalam keputusan peperiksaan sekolah. Setelah berbulan-bulan anda bertungkus-lumus, anda mungkin mahu kemajuan dalam keputusan sekolah. Sebenarnya, penilaian sekolah tidak menggambarkan anda pasti akan lulus atau gagal dalam peperiksaan akhir tahun. Teruskan usaha dan jangan berhenti.
Ke dua puluh satu : Terokai bakat dan minat anda
Sambil anda berjuang untuk peperiksaan SPM, peruntukkan masa juga untuk bidang yang anda hendak ceburi. Mungkin anda minat dengan bidang kedoktoran, baca majalah dan bahan rujukan am yang berkaitan dengan cita-cita anda tersebut. Gunakan bakat anda untuk berbakti kepada keluarga atau sekolah anda. Jika anda minat dalam bidang kejuruteraan, peruntukkan masa untuk belajar membaiki kereta atau anda juga boleh menolong kawan anda membaiki kereta mereka. Kegiatan sedemikian menjadikan makna pembelajaran lebih nyata. Anda tahu mengapa anda belajar kerana anda mempunyai hala tujuan yang nyata.
Kesimpulan Belajar adalah suatu seni. Jika anda tahu menguasai seni tersebut , anda boleh berjaya biar pun diri anda mempunyai beberapa kekurangan. Semoga lembaran ini menguatkan ikhtizam anda untuk mencapai prestasi yang lebih cemerlang dalam pelajaran.